Saturday, August 25, 2012

Review Kawasaki KLX150

Entah macamana, sejak akhir-akhir ini asyik tergila bayang dengan motorsikal dirt.
Dan alhamdulillah, pada bulan Julai akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki motosikal jenis scrambler ni.Jenama Kawasaki. Model KLX. Sesaran 150cc.
Gambar KLX warna hitam. 100% standard condition.
Pertama kali melihat motor ini memang nampak tinggi sikit. Saya dengan ketinggian 166cm memang terjingkit-jingkit kalau nak panjat. tapi berat badan 70kg akan menyebabkan spring mononya terhenyak beberapa inci, jadi hujung kaki pun bolehlah cecah tanah. Bagi orang yang berketinggian lebih dari 170cm, akan menyebabkan motor ini nampak macam pocket bike. Nampak kecil.

Seatnya walaupun kecil. Separuh punggung ja muat tapi spannya lebut. Bolehlah tahan duduk setengah jam sebelum bontot jadi krem.

Motor ini boleh distart sama ada dengan electric starter atau kick starter. Meter panel ringkas. Ada meter kelajuan, lampu gear natural, lampu tinggi, dan lampu amaran signal sahaja. Meter minyak tiada. Tapi tangki boleh memuatkan 7 liter petrol yang mana boleh membawa motor ini bergerak lebih kurang 200km.

Ekzoz bunyi senyap. lebih kurang EX5 saja. Bagi yang suka ekzoz bingit mungkin perlu tukar ke ekzoz after market macam yoshimura, 2 brother dan lain-lain. Saya kalau nak tukar pun mungkin akan guna Nob1. Bunyi sedang-sedang dan boleh up power sikit bilang penjual ekzoz tu. Ntah betul atau tidak. Tapi buat masa sekarang pakai dulu ekzoz standard.

Ok. First time bawa motor ni memang gayat sikit. Tinggi betul rasanya. Perasaan sama macam firstime bawa motor di jalan raya 12 tahun lepas. Tambah pula memang sudah 9 tahun tidak pernah bawa motor. Tukar gear pun tidak tentu arah. Plan nak up gear tapi tertekan turun pula. Meraunglah engine. Merayau beberapa minit di kawasan perumahan dekat area kedai motor, sebelum kembali untuk selesaikan beberapa dokumen.

Yess... Akhirnya tercapai juga impian untuk memiliki motor. Saya dapati pick-up motor ni memang power gila. Boleh wheelie kalau mau. Memang sudah dijangk untuk motor jenis dirt macam ni. Top speed paling selesa dalam 70-80kmj. Lebih dari itu akan rasa membuai dan tidak stabil. Angin dari depan terasa kuat sangat menghentam badan sebab posisi duduk yang tegak dan ketiadaan windshield. Dalam kelajuan ini pun engine dah mengaum kuat. Kalau ada meter RPM mungkin jarum dah ke area merah tu.

Semasa mencelah-celah di antara deretan kereta di trafik light, motor ini memang terasa ketinggiannya. Yang bawa 4WD tu kita boleh intai sampai ke bahagian pinggang drivernya. Yang bawa motokar tu jangan cakaplah. Tapak kaki pun kita boleh nampak.

Dengan motor ini, menunggang di highway memang membosankan. Tapi bila sampai di kawasan berbukit bukau yang jalannya separuh tar separuh gravel barulah terasa kelebihan motor ini. Lubang dan batu-batu kerikil besar tak terasa pun bila dilanggar. Suspensi depan dan belakangnya yang lembut, serta tayar offroadnya bertindak cemerlang menyerap hentakan. Kalau motor biasa silap-silap handle boleh terlepas dari pegangan. Di jalan gravel ni lagi best kalau bawa laju. Kalau perlahan takut tak lepas bonggol yg tinggi tu. Bila tak lepas, terpaksa turun kaki. Kalau penunggang tinggi orangnya tak jadi masalah, kalau rendah, rebahlah motor tu jawabnya.

Ok. Nanti sya review lagi pengalaman dengan motor ini semasa balik beraya di kampung baru-baru ini. 25KM jalan fully gravel. Tak jauh, tapi mengambil masa dalam 1 jam juga baru sampai. Tungguuu...



Sunday, July 8, 2012

Hafizuddin berani ambil risiko

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TULANG BELAKANG...pekerja KNK Manufacturing adalah nadi penggerak syarikat itu.
TULANG BELAKANG...pekerja KNK Manufacturing adalah nadi penggerak syarikat itu.
SEKADAR mahu mencari wang saku bagi menampung sara hidup di universiti, dia menjual jam tangan terpakai dan baru di kaki lima seawal usia 18 tahun. Kemudian, perniagaan sambilan itu diteruskan pula menerusi internet.
Biarpun tidak mendapat keuntungan besar, ia sudah memadai baginya. Setidak-tidaknya, keuntungan menjual jam tangan dapat menampung duit poket harian.
   
  • Foto BAGUS...batu bata berkunci adalah produk utama KNK Manufacturing.
  • Foto TURUN PADANG...Din mengukur saiz batu bata berkunci di kilangnya.
  • Foto FOKUS...walaupun masih muda, Din sentiasa fokus dengan kerja dilakukannya.
  • Foto MINAT...perniagaan menjual aksesori dan audio kenderaan yang dilakukan secara sambilan.
  • Foto KUALITI...Din bersama pekerjanya di kilang melihat kualiti bahan digunakan untuk membuat batu bata.
  • Foto
Selepas berjaya mengumpul sedikit modal, minatnya menerokai dunia perniagaan semakin melebar. Meskipun belum tamat pengajian, anak muda ini mula menjual batik dan songket sehingga mampu membuka butik di Kuala Lumpur.

Melihat hasil perniagaan diusahakan, Mohd Hafizuddin Haji Mustafar, 25, ingin mencuba sesuatu yang baru.


Minat mendalam dalam bidang perniagaan akhirnya membawa pemegang Ijazah Pengurusan Perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur ini ke Hong Kong bagi mendalami ilmu batu bata berkunci (interlocking bricks).

“Waktu itu, semangat saya sangat kuat, lebih-lebih lagi bila terdengar ada benda baru boleh diperkenalkan. Bayangkan saja, waktu itu ilmu di dada masih tipis, tetapi saya mengambil risiko untuk mencuba perniagaan terbabit.

“Lagipun, konsep batu bata berkunci belum diperkenalkan di Malaysia. Waktu itu, saya sanggup berulang alik dari Malaysia ke Hong Kong hanya untuk mempelajari perniagaan itu,” katanya.

Bukti kesungguhannya, Hafizuddin atau lebih selesa di sapa Din sanggup menjual butik batiknya hanya untuk mengumpul wang bagi mempelajari perniagaan terbabit. Sebanyak RM25,000 diperoleh dan menjadi pemangkin bagi meneruskan cita-citanya.

Kini, siapa sangka anak jati Pantai Batu Buruk, Terengganu itu bergelar Pengarah Urusan KNK Manufacturing Sdn Bhd khusus dalam penyediaan bangunan menggunakan sistem binaan pasang siap.

“Sangat mencabar. Ditipu rakan kongsi yang paling saya percaya sehingga kerugian hampir RM1 juta dan membuatkan perniagaan ini hampir berkubur antara pengalaman pahit saya.

“Lagipun, bukan mudah mencuba sesuatu yang baru. Lebih-lebih lagi bila kekurangan modal, ditambah pula duit syarikat dibawa lari. Macam-macam dugaan perlu saya tempuhi.

“Saya hampir berputus asa berikutan apa yang saya usahakan punah begitu saja hanya kerana seorang individu. Mujur ibu bapa memahami serta tidak putus-putus memberi semangat kepada saya,” katanya.

Berikutan penipuan itu, Din menanggung beban hutang yang banyak hingga memaksanya mengeluarkan wang simpanan, menjual rumah dan kereta Mercedes miliknya semata-mata untuk melangsaikan pembayaran dan meneruskan perniagaan.

“Saya menjual segala aset penting seperti perniagaan kecil yang saya usahakan selama itu hanya untuk mencari dana bagi menampung segala kos.

“Saya juga terpaksa bermalam di dalam kereta berminggu-minggu kerana tiada rumah untuk dituju. Begitupun, hasil semangat kental dan dorongan orang tua, saya cuba mencari jalan penyelesaian untuk meneruskan perniagaan.

“Turun naik syarikat besar bagi mencari dana dan menjual produk menjadi kerja tetap saya walaupun bergelar pengarah urusan. Waktu itu, tiada apa perlu saya malukan kerana yang lebih penting ialah perniagaan ini kembali bernyawa,” katanya.

Seakan-akan diatur, pertemuan dengan beberapa usahawan berjaya menjadi pendorong terbaik kepada Din, sekali gus membuka ruang untuk syarikatnya kembali beroperasi.

Kini, KNK Manufacturing memiliki aset bernilai hampir RM3 juta. Menerusi perniagaan batu bata berkunci, Din memiliki sebuah kilang mengeluar dan membekalkan bahan binaan terbabit di Rawang, selain bangunan pejabat di Wangsa Maju.

Bercerita mengenai batu bata terbabit, Din menjelaskan, ia adalah bahan baru yang cuba diperkenalkan di negara ini. Menariknya, konsep batu bata berkunci adalah lebih murah berbanding cara penyediaan batu bata konvensional.

“Ini adalah satu sistem binaan pasang siap. Ia dibuat di kilang dan hanya perlu dipasangkan untuk dijadikan sebuah bangunan. Selain itu, ia menjimatkan kos kerana tidak perlu tampalan simen.

“Seperti membuat sesebuah bangunan, tidak kira rumah atau pejabat, penggunaan sistem ini ternyata lebih cepat. Ia juga tidak memerlukan tiang dan struktur rangka, malah turut memberi kesejukan kepada sesebuah bangunan,” katanya.

Antara projek pertama menggunakan kaedah itu adalah bangunan sarang burung di Seremban yang didirikan seakan-akan sebuah banglo, selain beberapa sekolah serta banglo di sekitar Selangor

Selain membekalkan produk terbabit, syarikat dimiliki sepenuhnya 100 peratus Bumiputera ini juga memegang lesen kontraktor kelas A, sekali gus berperanan menjalankan bidang perniagaan seperti kejuruteraan awam, pembinaan bangunan dan mekanikal.

Membuktikan syarikatnya antara syarikat ‘orang Melayu’ yang berdaya saing, KNK Manufacturing memenangi tender mendirikan beberapa sekolah, antaranya Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bentong, Pahang, SRK Ahmad, Pekan, Pahang dan terbaru Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ramal, Kajang, Selangor bernilai RM22 juta.

Tidak hanya memberi tumpuan terhadap dunia pembinaan, Din turut mempunyai beberapa syarikat kecil, antaranya Mussan Trading Sdn Bhdyang khusus dalam penjualan pelbagai sistem audio dan aksesori kereta serta OUR Gourmet Sdn Bhd yang menjual dan membekal kambing mentah serta kambing golek.

Mendengarkan kepelbagaian perniagaan dijalankan anak muda ini, Din masih mempunyai masa terluang bagi memenuhi hobinya. Dia yang masih bujang dan merancang berkahwin tahun depan, sangat meminati sukan lumba kereta. Untuk itu, dia memiliki sebuah Nissan Skyline R34 yang mempunyai kelajuan 800 kuasa kuda selain meminati bidang muzik.

Bagi mengharungi bidang perniagaan yang berisiko, Hafizuddin menjadikan Nabi Muhamad SAW sebagai idolanya. Malah, pemuda ini juga berusaha berkongsi rezeki bersama orang lain seperti ditunjukkan Rasullah SAW sebagai panduan untuk berjaya dunia dan akhirat.


Sasar jadi jutawan sebelum 2017

Apakah prinsip anda untuk berjaya?
Jangan mengalah dan mempercayai rezeki ada di mana-mana

Pendorong utama?
Ibu dan bapa yang banyak memberi sokongan tanpa berbelah bagi

Buku yang diminati?
‘Rich Dad, Poor Dad’ oleh Robert T Kiyosaki dan ‘The Secret of Live’

Aktiviti masa lapang?
Sukan permotoran, konvoi dan bermain muzik

Tokoh dikagumi?
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Makanan kegemaran?
Makanan Barat

Impian?
Bergelar jutawan sebelum usia mencecah 30 tahun


PROFIL

NAMA: Mohd Hafizuddin Haji Mustafar
UMUR: 25 tahun
TARIKH LAHIR: 13 Oktober 1987
ASAL: Pantai Batu Buruk, Terengganu
PENDIDIKAN: Ijazah Pengurusan Perniagaan Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur
JAWATAN: Pengarah Urusan KNK Manufacturing Sdn Bhd
STATUS: Bujang

Saturday, June 23, 2012

Hari Guru Peringkat Daerah Tenom

Alhamdulillah... Aktiviti rasmi hari Sabtu ini telah berakhir dengan jayanya.

Pagi tadi bangun Jam 4.30 pagi, bertolak ke Tenom jam 6.30 pagi. Mendaftar masuk ke dewan Sri Antanom pada jam 7.15 pagi. Mengebaskan buntut di dalam dewan sehingga jam 9 pagi. Nak keluar cuak pulak takut majlis tetiba start dan termiss acara. Selain turun ke Tenom untuk menghadiri acara rasmi ini, hari ini juga gua sebenarnya bercadang nak try test survey mana2 workshop yang sesuai untuk gua hantar kereta sport jenama perodua Ferari gua ni untuk dibuat general overhaul. Utk makluman korang semua, kereta gua ni dah start mentekedarah minyak itam dan leaking tahap 2. Meaning, leaking tahap basah kat bawah engine block. Tapi belum sampai tahap menitis semasa parking or semasa engine sejuk.

Selepas punggung menghampiri tahap frossbite, barulah YB Dato Rubin Balang sampai. Ramai juga yang merungut semasa menunggu ketibaan beliau yang sepatutnya bermula jam 8.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu, Sabah Tanah AirKu, Tarian oleh pelajar SMK Tenom seterusnya ucapan oleh Pegawai Pelajaran Tenom dan YB Dato Rubin Balang.

Selepas ucapan, diteruskan pula oleh nyanyian koir oleh geng-geng sekolah gua. Sebenarnya nama gua pun ada juga dalam senarai ahli koir ni tapi ditakdirkan tuhan last minute baru tau bah. Jadual kerja terbaru agak lintang-pukang sedikit sehingga sukar memasukkan agenda tugas lain dalam jadual kerja utama. Oleh kerana rasa tak sempat nak follow latihan so gua rasa baik gua tarik diri sebelum gua menjahanamkan persembahan geng-geng gua nanti.

Dalam jam 11.30 macam tu majlis pun selesai dan diakhiri dengan acara makan. Makanan boleh tahan banyak tapi masing2 mahu merasai keseronokan berebut makanan. Sajalah mo release tension sempena hari sabtu yang sepatutnya digunakan untuk berehat di rumah.

Jam 12.30 tengahari try melawat 2-3 workshop yang direkomen oleh kawan-kawan, malangnya kebanyakan workshop tersebut tutup pula. Frust dengan keadaan tu, gua pun just driva back home dengan kelajuan yang terpaksa dilimitkan supaya tidak melebihi 90kmj. Harap-harap di hujung minggu akan datang, dapat kesempatan untuk menghantar kereta gua ini ke workhsop.

Monday, March 5, 2012

FUNNY CAR STICKER
Turbo joke. Can add "If u are not wish to wait, please overtake".
Another related sticker..
Again...

Sekarang ini sana-sini heboh dengan watak/lawak troll. Satu aliran baru dalam seni karikatur.
the wording here can be change with anyother words that you like
I m not actually that interested into trolls jokes, but when come to sticker conversion art, I surely interested into troll face. So here we go...

Tuesday, February 28, 2012

Wall mount menu for friend's restaurant...













homemade sticker making is in progress...
Great combination between cat and kid!