Entah macamana, sejak akhir-akhir ini asyik tergila bayang dengan motorsikal dirt.
Dan alhamdulillah, pada bulan Julai akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki motosikal jenis scrambler ni.Jenama Kawasaki. Model KLX. Sesaran 150cc.
Gambar KLX warna hitam. 100% standard condition. |
Pertama kali melihat motor ini memang nampak tinggi sikit. Saya dengan ketinggian 166cm memang terjingkit-jingkit kalau nak panjat. tapi berat badan 70kg akan menyebabkan spring mononya terhenyak beberapa inci, jadi hujung kaki pun bolehlah cecah tanah. Bagi orang yang berketinggian lebih dari 170cm, akan menyebabkan motor ini nampak macam pocket bike. Nampak kecil.
Seatnya walaupun kecil. Separuh punggung ja muat tapi spannya lebut. Bolehlah tahan duduk setengah jam sebelum bontot jadi krem.
Motor ini boleh distart sama ada dengan electric starter atau kick starter. Meter panel ringkas. Ada meter kelajuan, lampu gear natural, lampu tinggi, dan lampu amaran signal sahaja. Meter minyak tiada. Tapi tangki boleh memuatkan 7 liter petrol yang mana boleh membawa motor ini bergerak lebih kurang 200km.
Ekzoz bunyi senyap. lebih kurang EX5 saja. Bagi yang suka ekzoz bingit mungkin perlu tukar ke ekzoz after market macam yoshimura, 2 brother dan lain-lain. Saya kalau nak tukar pun mungkin akan guna Nob1. Bunyi sedang-sedang dan boleh up power sikit bilang penjual ekzoz tu. Ntah betul atau tidak. Tapi buat masa sekarang pakai dulu ekzoz standard.
Ok. First time bawa motor ni memang gayat sikit. Tinggi betul rasanya. Perasaan sama macam firstime bawa motor di jalan raya 12 tahun lepas. Tambah pula memang sudah 9 tahun tidak pernah bawa motor. Tukar gear pun tidak tentu arah. Plan nak up gear tapi tertekan turun pula. Meraunglah engine. Merayau beberapa minit di kawasan perumahan dekat area kedai motor, sebelum kembali untuk selesaikan beberapa dokumen.
Yess... Akhirnya tercapai juga impian untuk memiliki motor. Saya dapati pick-up motor ni memang power gila. Boleh wheelie kalau mau. Memang sudah dijangk untuk motor jenis dirt macam ni. Top speed paling selesa dalam 70-80kmj. Lebih dari itu akan rasa membuai dan tidak stabil. Angin dari depan terasa kuat sangat menghentam badan sebab posisi duduk yang tegak dan ketiadaan windshield. Dalam kelajuan ini pun engine dah mengaum kuat. Kalau ada meter RPM mungkin jarum dah ke area merah tu.
Semasa mencelah-celah di antara deretan kereta di trafik light, motor ini memang terasa ketinggiannya. Yang bawa 4WD tu kita boleh intai sampai ke bahagian pinggang drivernya. Yang bawa motokar tu jangan cakaplah. Tapak kaki pun kita boleh nampak.
Dengan motor ini, menunggang di highway memang membosankan. Tapi bila sampai di kawasan berbukit bukau yang jalannya separuh tar separuh gravel barulah terasa kelebihan motor ini. Lubang dan batu-batu kerikil besar tak terasa pun bila dilanggar. Suspensi depan dan belakangnya yang lembut, serta tayar offroadnya bertindak cemerlang menyerap hentakan. Kalau motor biasa silap-silap handle boleh terlepas dari pegangan. Di jalan gravel ni lagi best kalau bawa laju. Kalau perlahan takut tak lepas bonggol yg tinggi tu. Bila tak lepas, terpaksa turun kaki. Kalau penunggang tinggi orangnya tak jadi masalah, kalau rendah, rebahlah motor tu jawabnya.
Ok. Nanti sya review lagi pengalaman dengan motor ini semasa balik beraya di kampung baru-baru ini. 25KM jalan fully gravel. Tak jauh, tapi mengambil masa dalam 1 jam juga baru sampai. Tungguuu...